Pages

Wednesday 19 May 2010

AJAL DIRI INI

..::DEBUNGA PUTEH::..

AJAL DIRI INI

Setiap insan pasti menempuhi saat kematian.Ini dijelaskan dalam al-Quran,maksudnya "Tiap-tiap umat mempunyai ajal mereka,maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mendahuluinya"Surah Yunus:49

10 Tanda seseorang itu mati dalam keadaan Husnul Khatimah(insyaallah)

1.Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati.Sabda Rasulullah yang bermaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Lailaha illallah' nescaya masuk syurga"

2.Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.Sabda Rasulullah yang bermaksud "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi"

3.Mati di malam jumaat atau harinya.Sabda Rasulullah yang bermaksud "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur"





4.Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.

5.Mati kerana sakit taun,sakit perut,ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.

6.Perempuan yang mati dalam keadaan nifas dengan sebab melahirkan anak,orang yang mati terbakar,mati kerana sakit paru-paru dan cirit-birit.

7.Orang yang mati kerana hendak mempertahankan hartanya dari dirampas.

8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.

9.Mati kerana bertugas dalam perjuangan islam.

10.Mati ketika beramal soleh,yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti solat,berpuasa dan sebagainya.

Lawan husnul khatimah itu ialah su’ul khatimah iaitu mati dalam kesudahan yang tidak baik. Inilah mati yang minta dijauhkan oleh orang-orang yang beriman kerana kematian dalam keadaan sebegini setentunya akan mendapat balasan azab dan seksa Allah Subhanahu Wataala. Apakah faktor penyebab seseorang itu tergolong dalam golongan yang mendapat suul khatimah? Ulama ada menyebutkan seperti berikut :

Pertama : Mengabaikan ibadat sembahyang.
Kedua : Minum arak.
Ketiga : Derhaka kepada ibu bapa.
Keempat : Menyakiti orang Islam.

Semua orang tahu bahawa seseorang yang mati itu akan ditanam dalam kubur, tempat singgah sementara sebelum tibanya Hari Akhirat. Itulah tempat yang akan menjadi Taman Syurga bagi orang-orang yang beriman, tetapi menjadi lubang Neraka bagi orang-orang yang jahat yang ingkar perintah Allah, dan yang menyekutukan Allah. Kubur telah ditakdirkan oleh Allah berkata-kata, sebagaimana diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dari Abi Said bahawa kubur berkata : Akulah rumah dagang, akulah rumah menyendiri, akulah rumah tanah dan akulah rumah cacing.
Apabila seorang mukmin dikuburkan, kubur pun berkata kepadanya : Selamat datang! Engkaulah orang yang paling aku sukai, siapa yang berjalan di atasku menuju ke arahku, hari ini akulah penguasamu dan engkau telah kembali kepadaku. Engkau akan mengetahui apa yang aku lakukan terhadapmu.
Maka pada ketika itu juga, diluaskan kuburnya sejauh mata memandang dan dibukakan pintu baginya menuju Syurga.
Sementara jika yang dikuburkan itu seorang yang derhaka atau kufur, kubur berkata kepadanya : Tidak ada selamat datang untukmu! Sesungguhnya engkaulah orang yang paling aku benci, siapa yang pernah berjalan di atasku menuju ke arahku, hari ini akulah yang menjadi penguasamu dan engkau telah pun kembali kepadaku. Maka engkau akan lihat pula apa yang akan aku perbuat kepadamu.
Lalu pada ketika itu juga, kedua tepi kubur menyempit sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.
Mengingati kematian itu banyak hikmat dan kebaikannya bagi mereka yang sedar dan ingin mengambil iktibar daripadanya. Tanya diri kita apakah kita sudah membuat persiapan menghadapinya. Sebenarnya tiada jalan lain jika kita mahu bahagia dan selamat di dunia dan di akhirat melainkan dengan mentaati perintah Allah S.W.T dan menjauhi larangan-Nya, bukan dengan pengakuan lisan sahaja tetapi disertai dengan hati dan mengamalkannya. Ingatlah hari yang tiada gunanya harta dan anak-anak.
Firman Allah S.W.Tdalam Surah Asy Syu’araa’ ayat 88-89 tafsirnya :
“Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik”.

No comments:

Post a Comment