Pages

Tuesday, 4 May 2010

DIALOG IBLIS (ALAIHI LAKNAT) DENGAN RASULULLAH S.A.W










Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka
Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras"

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan.Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam,sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),
"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"Maka jawab Nabi dengah marah"Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari
syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman
meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla,
cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah.Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,
"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia
menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan. "

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata
"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi pertama
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis
"Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang
tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya
mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik
mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam
dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal
di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

Jawab Iblis
"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada
lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah
sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan
makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas,
perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke
jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di
situ hamba lepaskan sebesar - besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.
Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba
hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang
perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara
mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan
pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau
amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. bertambah
keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila
kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan
amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat
Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang
tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang
besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan
engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau?
Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan
engkau?"

Jawab Iblis
"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa
nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu
bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan
pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi.
Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa
lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di
dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu
dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba
yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek
dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati.
Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri
(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan
berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang
menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia.
Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang
Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak
lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas
hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir
ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk
mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta
balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu
manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu
daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi
apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah
untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga
di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka
Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala
tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi
abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas
hasutan."

Soalan Nabi ke 4
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis
"Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari
segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba
akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus
mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis
"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang
sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang
manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahny a datang pada setiap
anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya,
bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis
solat, hilangkan khusyuknya, matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan,
telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.
Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia
tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa
hendak cepat habis sembahyang itu, semua membawa kepada kurang pahala. Jika para
Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum
mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis
"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba,
putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya. "

Soalan Nabi ke 7
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis
"Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah
mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis
"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila
masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan
sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah
akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat
besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan
hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang,
burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang
berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa
dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga
dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama
Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula
berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya
menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan
tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat
dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis
umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu
umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana
mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut
berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9
"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis
"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada
upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.
Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti
bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir
kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas
kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah
mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu
Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah
menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah
yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah
berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum
syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah
segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat
apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh
menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan
antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi
hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran.
Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan
sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi
hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan
mengatakan," Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau
kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman
mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya
dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika
iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka
kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama
Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar
'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau
Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu
pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri
kepadanya.

Soalan Nabi ke 10
"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis
"Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu
ulama' yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah
serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama' itu adalah
pelita dunia dan pelita akhirat"

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha
dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta
dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam
badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja
mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak
menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat,
miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila
diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti
Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit
tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik
hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada
yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan
perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama
Islam"

Soalan Nabi ke 12
" Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis
Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung
syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia
sedari"

Soalan Nabi ke 14
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis
"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung
syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu
dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika
menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada
kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga
jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal
akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka
padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu
ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah hamba mengecilkan diri,
bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi
menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian
jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk
solat"

Soalan Nabi ke 18
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang,
banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu
makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu
di bawah tapak kaki ibu' "

No comments:

Post a Comment