Pages

Thursday 27 May 2010

Sifat Solat Nabi

..::DEBUNGA PUTEH::..
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
bismillahirrohman~nirrohim~~
assalamualaikum wbt..apa khabar iman sahabat2 ku tersayang,moga iman kita setiasa dalam kondisi yang amat baik & terjaga..moga kita semua sentiasa di dalam rahmat ilahi..moga sentiasa subur cinta kita pada ALLAH dan rasulnya..post kali ini ana hidangkan istimewa buat sahabat2 tersayang tentang ~~Sifat Solat Nabi~~[kredit buat akhi ahmad humaizi,..syukran jiddan ya akhi,moga ALLAH merahmatimu]

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

adakah solat wanita berbeza dengan solat lelaki ???

"Tidak terdapat keterangan dari sunnah yang menerangkan adanya cara-cara khusus untuk perempuan yang berbeza dengan cara yang berlaku untuk lelaki. Bahkan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.berlaku secara umum dan mencakupi kaum perempuan. Ibrahim al-Nakha’i menyatakan:

تَفْعَلُ الْمَرأَةِ فِي الصَّلاَةِ كَمَا يَفْعَلُ الرَّجُلُ.

Dalam solat, wanita mengerjakannya sama dengan cara yang dilakukan oleh lelaki.

Al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 248. al-Syafi’i rahimahullah memang membezakan tatacara sujud perempuan dan lelaki. Dia berpendapat sunat bagi perempuan untuk merapatkan sebahagian badannya dengan badan yang lain dan dipertemukan perut dan pahanya. Namun begitu beliau tidak membawa sebarang dalil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tentang hal ini. Insya-Allah penulis akan menurunkan beberapa hadis dari RasulullaHshalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan tatacara sujud dan kesemua hadis tersebut adalah bersifat umum mencakupi kaum lelaki dan perempuan. Manakala hadis-hadis yang menunjukkan adanya perbezaan dalam gerakan dalam solat adalah hadis-hadis yang lemah sehingga tidak sah untuk dijadikan hujah. al-Syafi’i pernah berkata:

Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.(Dinukil dari Sifat Shalat Nabi oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 58). Oleh itu sewajarnya kita mengutamakan hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan pendapat al-Syafi’i rahimahullah dalam hal ini. Wallahu’alam.


Al-Albani rahimahullah juga telah membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam kitabnyaal-Tarikh al-Saghir, mukasurat 95 dari Ummu al-Darda’ {Ummu al-Darda’ merupakan seorang tabi’iyyah (mereka yang tidak sempat berjumpa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tetapi hanya berjumpa dengan para sahabat radhiallahu 'anhum). Beliau merupakan isteri kepada Abu al-Darda’ radhiallahu 'anh seorang sahabat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ummu al-Darda’ terkenal sebagai seorang perempuan yang ahli fiqh }

berbunyi:

أَََنَهَا كَانَتْ تَجْلِسُ فِي صَلاَتِهَا جِلْسَةَ الرَّجُلِ, وَكَانَتْ فَقِيْهَةً.

Sesungguhnya (Ummu Darda’) dalam solat, duduk seperti cara duduk lelaki,

padahal beliau seorang perempuan yang ahli fiqh.

Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 624


Menghadap Sutrah (Pembatas)

Dari Abu Hurairah radiallahuan, bahawasanya Rasulullah sallallahua'laihiwassalam bersabda:

"Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan sesuatu dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia menancapkan tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik garis kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan solatnya". (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Ibnul Madini"

Merapatkan saf

Dari Nu'man bin Basyir radiallahuan, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah sallallahua'laihiwasalam bersabda (maksudnya)

"Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)


gambaran kedudukan kaki yang betul.



Angkat takbir setentang dengan bahu (seperti makmum) atau telinga (seperti imam di dalam gambar)

Dari Abdullah bin Umar radiallahuan bahawa Nabi sallallahua'laihiwassalam mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dari Malik bin Al-Huwairits radiallahuan bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)


Sedekap. Tangan kanan di atas tulang hasta sebelah kiri (Cara 1) dan meletakkannya di atas dada.

Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi radiallahuan, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat.

Dari Waail bin Hujr radiallahuan, ia berkata: "Aku mengerjakan solat b ersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)

Sedekap. Tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada (Cara 2)

Dari Waails radiallahuan berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud dan An-Nasa'i)



Dari Waail bin Hujr radiallahuan, ia berkata: "Aku mengerjakan solat b ersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)


Meratakan tulang belakang ketika rukuk

Dari Wabishah radiallahuan, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam mengerjakan solat. Apabila rukuk beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)


Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan

Dari Abu Humeid radiallahuan ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam: "Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu Daud)


Posisi sujud dengan tujuh anggota
a. Dahi (termasuk hidung - rujuk hadis di bawah)
b. 2 tapak tangan
c. 2 lutut
d. 2 kaki

Dari Abdullah bin Abbas radiallahu'an dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)


Hidung di cecahkan ke tempat sujud


Dari Abdullah bin Abbas radiallahu'an dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)

2. Telapak tangan di ratakan ke lantai dengan membentangkan kedua telapak tanganya, tidak menggenggam jari jemarinya dan tidak pula merenggangkannya.

At tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin Sulaiman Al-Khazim)
3. Siku dinaikkan


Kedudukan kaki semasa sujud
1. dirapatkan
2. diteggakkan
3. Jari jemari di hadap ke arah kiblat

Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah radiallahuaha ia berkata:

"Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud"

Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')

Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)


Kedudukan tangan ketika duduk antara dua sujud

Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.


Isyarat tasyahud.
1. Ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan
2. Jari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit


Kedudukan kaki semasa duduk antara dua sujud

Dari Abdullah bin Umar radiallahuan ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan disahihkan oleh Al-Albaani)



antara perbuatan yang tidak betul :-


Salah - merapatkan saf dengan tidak sempurna

Salah - Mata merewang. Tidak melihat ke tempat sujud (Kecuali jika ada kemasalahatan lain seperti ternampak kemalangan atau musuh menyerang)


Dari Ibnu Sirin r.h bahawa Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam dahulu sering membolak balikkan pandangan beliau ke arah langit lalu turunlah firman Allah yang bermaksud;

"(iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. " (Surah Al Mukminun: 2)

Maka beliau sallallahua'laihiwassalam menundukkan pandangan beliau. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan disahihkan oleh Al-Hakim - Asy Syaukani berkata: "Hadis Ibnu Sirin ini mursal, dan perawinya thiqah")

salah - rukuk tidak meluruskan tulang belakang (kecuali kerana uzur)

(Tidak sesuai dengan sunnah Rasulullah Sallallahua'laihiwasalam yang rukuk dengan meluruskan tulang belakang seperti di riwayatkan oleh Wabishah radiallahuan, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam mengerjakan solat. Apabila rukuk beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)

salah - telapak tangan tidak mengadap kiblat
salah - tidak sesuai dengan sunnah Rasulullah sallallahua'laihiwasallam bahawa beliau bersedekap dan meletakkannya di atas dada.

Semoga kita jangan cuai untuk memperhatikan thuma’ninah dalam solat baik yang fardhu mahupun yang sunat.


No comments:

Post a Comment